Telegram Group Search
BAGI SESIAPA YANG SEDANG DIUJI DENGAN SUATU UJIAN : Elok amalkan doa ini.

Cara² nya :
- Ambil wuduk, kemudian
- Solat sunat 4 rakaat, kemudian
- Baca doa berikut berserta pengertiannya

Pengertian doa berikut :

Wahai Tuhan yang Maha Penyayang,
Wahai Tuhan yang Maha Penyayang,
Wahai Tuhan yang Maha Penyayang,
Wahai Tuhan yang Menguasai Arasy,
Yang Mulia, Yang Memulakan sesuatu dan Mengembalikan sesuatu,
Tuhan Yang Melakukan apa yang Dia Mahukan.
Aku memohon kepadaMu akan RahmatMu yang Menaungi ArasyMu yang Engkau berikan kepada seluruh makhluqMu dan aku memohon juga RahmatMu yang Engkau limpahkan kepada segala sesuatu.
Tiada Tuhan kecuali Engkau,
Wahai Tuhan yang Memberi bantuan,
Bantulah daku.
Wahai Tuhan yang Memberi bantuan,
Bantulah daku...😔

Rujukan :

- Fawaidul Mujarrobah Li Qadha' Al Hajat Al Muhimmah Was Sari'ah
- Amalan Penawar Kesedihan dan Kesempitan

Kredit : Amirul Adha
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Mana mungkin dunia kita akan sentiasa baik baik sahaja sedangkan kekasih Tuhan pun diuji apatah lagi kita.
.
.
Ini dunia bukan syurga

Kredit link untuk pemilik video : https://vt.tiktok.com/ZSNsw5rYk/
Soalan , Kenapa ulama dulu karang kitab menyusahkan kita untuk faham ?

Jawabnya , memang sengaja disusahkan supaya orang yang nak belajar merendahkan diri , bersimpuh menadah ilmu di hadapan ulama.

Bukan seperti yang berlaku sebahagian di zaman kita, ambil kitab terus baca tanpa berguru . Akhirnya syaitan lah menjadi gurunya, kerana dibisikkan fahaman yang sesat walaupun membaca kitab yang benar di sisi para ulama .

RENDAHKAN DIRI. JANGAN SOMBONG DALAM MENUNTUT ILMU . APALAGI ILMU AGAMA .

Nasihat Al Fadhil Ustaz Muhaizad Muhammad حفظه الله ..
Selawat sat 😉

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
Anonymous Poll
100%
Alhamdulillah dah
0%
Terima kasih ingatkan
KENALI AKIDAH SALAF SEBENAR

UMAT Islam wajib mempertahankan fahaman Ahli Sunah Waljamaah demi menjaga akidah.

Muncul mutakhir ini segelintir pihak yang menjaja jenama 'akidah Salaf', namun dalam agenda mereka turut menyesatkan akidah majoriti ulama Islam yang berfahaman Ahlus Sunnah Waljamaah (ASWJ) al-Asyairah dan al-Maturidiyyah.

Jika as-Sayyid Abu al-Hasan Ali an-Nadwi dalam buku Surotan Mutadhaddatan menempelak golongan Syiah kononnya selepas kewafatan Nabi SAW, majoriti sahabat RA murtad kecuali empat orang sahaja.

Walhal sebenarnya dakwaan tersebut mengandungi penghinaan terhadap Nabi SAW, seolah-olah baginda gagal mendidik sahabatnya selepas berpenat lelah menggembleng usaha dakwah dan tarbiah selama 23 tahun. Maka, begitu juga golongan ekstremis Wahhabi yang mendakwa majoriti ulama Islam menyimpang daripada akidah Salaf, seolah-olah ulama Salaf gagal menerapkan akidah yang benar kepada generasi ulama Islam selepas mereka.

Dari mana timbulnya perebutan jenama 'akidah Salaf' ini? Bagi memahaminya, mari kita telusuri sejarah perkembangan fahaman Jahmiyyah yang diasaskan oleh Jahm bin Safwan (meninggal 128H) dan fahaman Muktazilah yang dipelopor oleh Wasil bin 'Ata' (meninggal 131H) yang melampau dalam mengutamakan penggunaan dalil aqli ke atas dalil naqli. Begitu juga perkembangan fahaman Mujassimah Musyabbihah yang dibawa oleh Muqatil bin Sulaiman (meninggal 150H) yang melampau dalam mensabitkan zahir dalil naqli serta menolak dalil aqli.

Fahaman Jahmiyyah dan Muktazilah pernah mendapat tempat istimewa dalam kerajaan Islam apabila Khalifah al-Ma'mun (198-218H) menganuti fahaman tersebut. Malah, beliau menjadi khalifah pertama yang menyeru dan memaksa ulama untuk mengikuti fahaman bidaah berkenaan. Antara tokoh Muktazilah terkenal pada zamannya ialah Bisyr al-Marisi (meninggal 218H).

Pada zaman Khalifah al-Mu'tasim (218–227H) pula, Imam Ahmad (wafat 241H) pernah dipenjarakan selama 28 bulan dan disebat kerana enggan mengatakan 'al-Quran itu makhluk'. Pada zaman Khalifah al-Wathiq (227–232H) pula, Imam Ahmad cuba diusir dari Baghdad menyebabkan beliau terpaksa bersembunyi sehinggalah khalifah meninggal dunia. Hanya pada zaman Khalifah al-Mutawakkil (232-247H), barulah fahaman bidaah yang dipegang khalifah sebelumnya dihapuskan. Al-Mutawakkil memuliakan Imam Ahmad dan menjunjung fahaman ASWJ.

Peristiwa dahsyat ini meninggalkan kesan besar dalam kalangan ulama ASWJ. Pendirian teguh Imam Ahmad juga menjadi inspirasi kepada ramai ahli hadis dalam mengangkat penggunaan dalil naqli dan memberi peringatan mengenai bahaya takwil yang berpaksikan akal semata-mata.

Disebabkan itu, banyak kita dapati respons yang tegas daripada mereka dalam menjunjung akidah Salaf dan menolak fahaman Jahmiyyah.

Antaranya kata Imam at-Tirmizi (wafat 279H) dalam Sunannya:
"Kata ahli ilmu: 'Boleh jadi sabit riwayat mengenai perkara ini (sifat Allah SWT) dan ia perlu diimani, namun jangan dibayangkan dan jangan ditanya: Bagaimana?'".

Demikian diriwayatkan daripada Malik, Sufyan bin Uyainah dan Abdullah bin al-Mubarak bahawa mereka berkata mengenai semua hadis ini: 'Lalukanlah sahaja ia tanpa (pertanyaan) bagaimana'. Demikian juga pandangan ahli ilmu daripada kalangan Ahlus Sunnah Waljamaah."

Melalukan bacaan pada semua hadis sifat ini menurut majoriti ulama ASWJ dikenali sebagai kaedah tafwidh, iaitu menyerahkan hakikat atau makna sebenarnya kepada Allah SWT. Inilah pegangan akidah Salaf yang benar di samping turut dikesan juga daripada sebahagian mereka menggunakan metod takwil seperti Imam Malik, Imam asy-Syafii, Imam Ahmad, Imam al-Bukhari dan lain-lain.

Namun begitu, respons sesetengah ahli hadis didapati agak berlebih-lebihan sehingga turut berpegang dengan hadis daif, munkar dan palsu.

Akhirnya sama ada disedari atau tidak, mereka menghampiri pula kepada fahaman Mujassimah Musyabbihah.
Sebagaimana yang dapat ditinjau buktinya dalam kitab an-Naqdhu 'ala Bisyr al-Marisi dan ar-Radd 'ala al-Jahmiyyah yang dinisbahkan kepada Uthman bin Said ad-Darimi (wafat 280H), kitab as-Sunnah wa al-‎Jam'ah oleh Harb bin Ismail al-Kirmani (wafat 288H) dan kitab as-Sunnah oleh Abdullah bin Ahmad bin Hanbal (wafat ‏290H).

Meskipun terdapat ibarat yang menunjukkan aspek tafwidh dalam semua kitab ini, namun terdapat juga unsur tasybih dan tajsim (antropomorfisme) yang jelas. Ringkasnya, ia turut mempromosi fahaman sesat Mujassimah Musyabbihah yang meyakini sifat Allah SWT itu berjisim, bersaiz dan berimej sama seperti sifat makhluk. Ini manhaj akidah yang keliru dan mesti ditolak kerana manhaj akidah yang benar mestilah dibina di atas keyakinan yang jelas.

Di tengah-tengah kekeliruan golongan Hasyawiyyah dan kesesatan golongan Muktazilah inilah muncul Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari (260-324H), bangkit mempertahankan akidah Salaf yang sebenar dengan menggunakan manhaj yang lebih kemas dan tersusun, menggabungkan aspek naqli serta aqli secara berdisiplin.

Catatan :
Dr. Mohd Khafidz Soroni
................................................
Penulis adalah :
1. Ketua Unit Hadis di Institut Kajian Hadis & Akidah (INHAD), Universiti Islam Selangor (UIS)
2. Ketua Kluster Hadis, Majlis Akademik ISLAMI
ADAB KRITIKAN

Para ulama menyebut : Kita dibenarkan untuk mengkritik atau memberikan komentar terhadap seseorang ulama jika kita memenuhi tiga syarat. Syarat-syaratnya ialah :

1) Ilmiyyah iaitu mempunyai keilmuan seumpama atau seakan-akan orang yang ingin kita kritik.

2) Ma'lumiyyah iaitu maklumat dan sumber yang tepat digunakan sebelum mengkritik.

3) Al-Maudhu'iyyah iaitu mengkritik bukanlah atas tujuan hawa nafsu tetapi atas dasar ilmu dan bukannya hasad serta mengambil peluang atas kebencian terhadap individu yg dikritik.

Jika tiga syarat ini tidak mampu dipenuhi maka DIAM lebih baik daripada bercakap.

Sikap manusia sekarang ialah suka mengkritik tetapi tidak sedar diri sebelum mengkritik.

Al-Imam Hujjatul Islam Muhammad al-Ghazali rahimahullah sendiri pernah menyebut :

" Antara jenis kebodohan yang tidak boleh diubati ialah sikap seseorang yang baru sedikit masanya dengan ilmu, maka dia dengan cepat ingin mengkritik seseorang yang kehidupannya dihabiskan dengan ilmu.

Orang itu menyangka semua masalah yang dia hadapi dan temui , itu juga adalah perkara yang perlu ulama menganggapnya sebagai masalah seperti yang dia sangka. Maka ini adalah salah satu kebodohan yang ada pada zaman sekarang yg sangat sukar diubati"

Berapa ramai yang kita lihat sikapnya sebegini?

Dia menjumpai sesuatu yg menyebabkan dia berfikir itu adalah masalah dan dia meWAJIBkan para ulama besar juga menganggap bahawa masalah yg dia hadapi adalah juga masalah kepada para ulama. Sedangkan bagi ulama itu adalah perkara yg mudah bukan masalah.

MOHD NAZRUL ABD NASIR AL-AZHARI,
Mudir Zawiyah Nasiriyyah Pedu.
Nasihat penting 'Allamah Syeikh Muhammad 'Awwamah حفظه الله kepada semua orang, khususnya para penuntut 'ilmu.

Kesimpulannya lebih kurang:

Ambillah sebanyak mungkin 'ilmu dan faedah daripada seramai mungkin guru yang boleh, melalui apa sahaja medium yang ada; buku, rakaman suara, video dan sebagainya.

Tetapi dalam masa yang sama, dia mestilah sentiasa berwaspada dan berhati-hati terhadap akhlak, pemikiran dan manhaj yang buruk dan rosak; jangan sampai ia merosakkan akhlak, manhaj dan pemikirannya.

Ia bertepatan dengan kaedah yang disebutkan oleh Imam Abu Hatim ar-Razi رحمه الله (yang beliau sebutkan pada 2 mukasurat sebelumnya):

"إذا كتبت فقمِّش، وإذا حدثت ففتِّش"

"Apabila engkau menulis (merekod hadis/belajar) maka himpunkanlah (semuanya), dan apabila engkau mahu sampaikan maka selidiklah (mana yang boleh dan bagus untuk disampaikan)."

Jadilah seperti lebah, yang mengambil apa yang baik daripada setiap bunga yang ia hinggap, dan mengesampingkan selainnya.

Bersama itu, panduan utamanya adalah: berjalan di belakang petunjuk al-Quran dan as-Sunnah, perjalanan hidup Salafussoleh dan mereka yang mengikuti jejak langkah mereka.

Akhir sekali, Syeikh حفظه الله menutup dengan kata-kata:

"فما كل جديد يطرح، ولا كل قديم في كل زمان يصلح."

"Tidaklah semua yang baru itu dibuang, begitu juga tidak semua yang lama itu sesuai untuk setiap zaman."

Wallahua'lam.

~ Ma'alim Irsyadiah.
Muslimatku.. Musliminku..

Didiklah diri agar menjadi pencetus kebaikan..

Didiklah diri agar tidak menjadi pencetus keburukan..

Hasan bin Shalih; Perawi Hadis ada menyatakan
*“Berbuat baik akan menimbulkan kekuatan badan, cahaya dalam hati dan mencerahkan penglihatan. Sedang berbuat jahat menjadikan badan lemah, menggelapkan hati dan membutakan penglihatan.”*

Allah juga ada berfirman yang bermaksud: "*Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.*" (Surah al-Isra', ayat 7)

Hugs
Kak Ad.
"Doh bak pe gitu pakai niqab tapi tabaruj? 🤗"

Sheikh bertanya, kenapa wanita muslimah kat Saudi pakai Niqab. Kami semua terdiam. Sambil berfikir panjang kenapa.

Ada antara kami menjawab,
“Mereka cantik sheikh!”

“Mereka nak jaga diri dari bahaya sheikh!”

Sheikh tanya lagi, “apa itu niqab ?”
“Apa yang kamu faham tentang niqab ?”

Sekali lagi soalan begitu tak dapat kami jawab secepat mungkin. Diam dan berfikir sejenak.

Akhirnya sheikh kata,

“Niqab yang sebenarnya ada menutup segala fitnah dan perhiasan di wajah kamu. Hatta’ mata dari dilihat. Kerana mata adalah tempat yang paling cantik di wajah wanita.”

Sheikh pun bagi soalan lagi.
“Kenapa wajah itu fitnah?”

Dan kali ini sheikh terus menjawabnya,

“Kerana wajah lah yang menghimpunkan seluruh kecantikan di tubuh wanita. Dan ia membezakan antara tempat lain pada seseorang wanita. “

Kami kagum mendengarnya.

Pastu sheikh pun tanya kenapa wanita Arab Saudi kebanyakan pakai niqab, adakah itu wajib bagi mereka ?

“Tidak, sunat!”
Ada yang menjawabnya.

Sheikh pun bagitau,

“Hukum di sini adalah ikut uruf setempat.”

“Jika majoriti negara itu pakai maka disunatkan pakai. Kerana jika tidak pakai akan mengakibat ‘ganjil’. Dan mendatangkan bahaya kepada diri sendiri.”

Begitulah. Dan hukum di sini khilaf.

Kerana ayat al-Quran hanya menyatakan "على جيوبهن" iaitu antara dada. Dan bukan mengatakan "على وجوههن" iaitu wajah. Maka itu sunat.

Sheikh pun tanya dalil tutup wajah apa ?

Lalu ada antara kami berkata, dalil bagi wajib menutup wajah, ayat al-Quran pasal
tundukkan pandangan.

Akhirnya sheikh pun kata, ayat al-Quran, jangan kamu bertabaruj (berhias) ketika keluar rumah kerana menyerupai kaum jahiliyah.

Senyumlah kami semua bersetuju.

Tidak salah kamu nak memakai NIQAB kerana NIQAB yang sebenarnya adalah NIQAB HATI.

Niqab hati dengan KETAKWAAN.
Niqab mata dengan KEIMANAN.
Niqab akhlak dengan MALU.

Jika yang si pemakainya berkelakuan buruk. Ikhtilat tidak dijaga. Mata berkeliaran memerhatikan lelaki. Setiap hari tidak miss bermesej sana sani.

Maka muhasabah lah. Kerana kalian sedang MEMAKAI PAKAIAN ISTERI NABI.

Pakaian mulia maka seeloknya muliakan akhlak seiring dengan cara pemakaian tersebut.

Semoga bermanfaat. 😊

Kredit status : Ahlia Faiz

Repost again. Untuk peringatan diri sendiri dan kembali tajdid niat.

#ummufuqara
#bebidadarieksklusif
"KISAH SEORANG PERINDU RASULULLAH ﷺ "

Ia adalah orang biasa, tak mempunyai banyak ilmu, juga tak memiliki amal ibadah yang istimewa, ia sama seperti kita, ummat Rasulullah ﷺ yang meski memiliki niat yang Kuat untuk beristiqomah dalam meniti jejak Baginda Rasulullah ﷺ, tapi apa daya, hawa nafsu dan kelalaian masih sering menjerumuskannya pada lembah- lembah dosa.

Ia begitu berharap kelak bisa memandang dari dekat wajah Rasulullah ﷺ, mengecup tangannya, bersimpuh meminta maaf atas dosa- dosa yang selama ini ia lakukan. Atas Sunnah dan kewajiban yang selama ini sering ia abaikan.

Setiap malamnya, lelaki itu tak pernah tidur kecuali setelah air matanya mengalir karena rasa rindunya ingin berjumpa dengan Rasulullah ﷺ.

Hingga suatu malam ia bermimpi. Dalam mimpi itu, ia merasa seolah berada di Padang Mahsyar. Di sana ia melihat kumpulan manusia memenuhi Padang Mahsyar, mereka saling berdesakan, saling tindih satu sama lain. Semuanya terlihat dalam keadaan sangat bingung.

Ketika itu lah tiba tiba barisan para malaikat melintas, lalu lewat pula rombongan Rasulullah ﷺ. Lelaki itu hanya bisa melihat Dari kejauhan dan tidak bisa mendekat kepada Rasulullah ﷺ Karena desakan para malaikat yang menghalangi orang- orang untuk bisa mendekat.

Lelaki itu juga tidak bisa mendekat,
Apalagi berbicara dengan beliau.
Maka ia, dalam mimpi itu, berkata kepada orang yang berada di sebelahnya :

" Jika kelak kamu bertemu dengan Rasulullah ﷺ maka sampaikan salamku Bahwa Aku rindu kepadanya. Dulu di masa hidupku di dunia, aku selalu merindukan Rasulullah ﷺ. Dan jika aku masuk neraka, sampaikan pula kepada Beliau, bahwa aku telah berada di tempat yang layak untukku (neraka), sebagai seorang pendosa"

Tak lama setelah berkata demikian,
Barisan yang melintas tadi tiba-tiba berhenti karena Rasulullah ﷺ berhenti, kemudian beliau berbalik menuju lelaki itu, Rasulullah ﷺ tersenyum indah lantas berkata:

“Wahai Fulan, aku tidak melupakan orang yang merindukanku.”

Lalu Rasulullah ﷺ membuka kedua tangannya, kemudian orang itu berlari dan memeluk Rasulullah ﷺ dan menciuminya.

اللهم صل على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق والخاتم لماسبق ناصرالحق بالحق والهادي الى صراطك المستقيم وعلى اله حق قادره ومقداره العظيم.

Mudah-mudahan Allah SubhaNahu WaTa'ala memberikan anugerah dan taufiqnya kepada kita semua sehingga kita bisa Istiqomah bershalawat di setiap tempat hingga setiap tarikan nafas kita, dan kita semua dikumpulkan di Surga kelak bersama kekasihnya Rasulullah Shallallahu'Alaihi Wasallam

امين يارب العالمين

Dikisahkan oleh Sulthonul Qulub Al-Habib Munzir Al-Musawa.

#kembarasahabatharamain
#perindupencintahramain
#infoumrahhaji
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Mereka buta tapi ingin melihat Rasulullah صلى الله عليه وسلم, kerna kecintaan mereka sanggup terjemah balik Qasidah Ustaz Neezam kepada tulisan braile.
.
.
Persoalannya bagaimana dengan kita yang sempurna pancaindera, apakah usaha kita dalam menterjemahkan cinta kepada Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم ?

@alHuffazQuotes
@catatanniqabis
📚 Pengajian Kitab Fardu Ain Bersanad
Channel Tele : https://www.tg-me.com/PengajianberkitabASWJ

List Kitab :
📍Aqidatul Awwam (Tauhid)
📍 Safinatun Naja (Fiqh)
📍Hidayah al Salikin (Tasawwuf)
📍Faridatul Faraid (Tauhid)
📍Pedoman Solat Berjemaah (Fiqh)
📍Muhimmah (Fiqh Munakahat)
📍Matla' Badrain (Fiqh)
📍Taalim Mutaalim /Pelita Penuntut (Adab)
📍Misbahul Munir (Tauhid)
📍Taqribul Ikhwan (Tauhid)
📍Fiqh Tahawwulat (Hadis Akhir Zaman)
📍Kitab Haid,Istihadah dan Nifas (Fiqh Wanita)
📍Aqidatun Najin (Tauhid)
📍Ibanah wal Ifadhoh (Fiqh Wanita)
📍Hidayatus Sibyan (Fiqh)
📍Munyatul Musolli (Fiqh)
📍Idhohul Bab (Fiqh Munakahat)
📍Uqudul Lujain (Fiqh Munakahat)
📍Sabil al Muhtadin (Fiqh Wanita)
📍Fathul Mu'in (Fiqh)
📍Wisyahul Afrah (Fiqh)
📍Penawar Bagi Hati (Tasawwuf)
📍Minhajul Abidin (Tasawwuf)
🌸alHuffaz Quotes🌸
📚 Pengajian Kitab Fardu Ain Bersanad Channel Tele : https://www.tg-me.com/PengajianberkitabASWJ List Kitab : 📍Aqidatul Awwam (Tauhid) 📍 Safinatun Naja (Fiqh) 📍Hidayah al Salikin (Tasawwuf) 📍Faridatul Faraid (Tauhid) 📍Pedoman Solat Berjemaah (Fiqh) 📍Muhimmah (Fiqh…
Tinggal nak beli kitab + adjust masa sahaja.
Takde dah alasan tak nak mengaji ilmu fardu ain (Tauhid, Fiqh & Tasawwuf )
.
.
Mohon panjang²kan, moga menjadi pahala untuk admin yang khidmat update link rakaman dalam channel ini bagi setiap kitab.
Anak anak,
bilamana ada parent sibuk bertanya itu dan ini, jgn rasa lemas dan rimas.
bilamana ada parent yg mengawal tindakan kita, jgn rasa menyampah.
bilamana ada parent yg sering menegur kita, jgn rasa jelik.
bilamana ada parent yg marah, jgn masam mencuka

salah! x bgus! itukan parent kamu

kamu patot beruntung
kamu patot rasa syukur
kamu patot rasa gumbira
kamu patot rasa bahagia

kerana apa?
Punya parent yg begitu

Parent yg bertanya itu dan ini, Parent yg mengawal tindakan, Parent yg menegur, Parent yg marah
itu semua untuk kebaikan bukan saja2

Aduh!
Jgn pandang buruk saja pada mereka, sedang mereka itu parent kamu, darah daging kamu,
Mereka dari kamu kecil sampai besar, x henti2 menyayangi, x henti2 mengasihi, sanggup kuarkan wang buat kamu.

Pikir ya! Tanpa mereka, kamu pun tak wujud kat dunia.

syukur beb!

Hugs
Kak Ad
https://www.tg-me.com/selawatsampaijumpa

🎤 List Qasidah 

1. Humko Bulana
2. Zikir Qauli Termahal
3. Man Ana *Zayne ft Rahim Inteam
4. Qasidah Mujahadah Nafsu
5. Kekasih Hatiku Sayyidi Badawi
6. Wasotiyyah Cinta
7. Munajat Sidi Ahmad Badawi
8. Kekasihku tidak berbayang
9. Fathil Hubb
10. Aduhai Perindu
11. Peristiwa Sebelum Kelahiran
12.Rahmatmu Tujuanku
13. Ummati Ya Rabbi Ummati
14. Ku ingin menatapmu di syurga
15. Ya Syaikhona *Syubbanul Muslimin
16.Selawat Masyisyiyah
17. Salamun ala Dunya
18. Suasana Madinah
19. Selawat Bagi yang tidak mempunyai guru
20. Rindu Murabbi
21. Tubna Ya Allah
22. al-Hubb Ibadah yang Mahal
23. Rijal Hawla Rasul
24. Terjemahan Cinta dengan Berkhidmat
25. Madrasah Syazuliyyah
26. Kerinduanku
27. Imam Syazuli
28. Imam Jalaluddin
29. Bifarthil Hubb
30. Tawasul Niat
32. Sudilah Maha Pengasih Ampunkan Umat / Doa Jamiah
33. Rindu Murabbi
34. Madad Ya Maulana Hussein
35. Maksiat tidak menafikan cinta
36. Hadiah Ustaz Neezam
37. Jom Selawat
38. Auliyak Bumi Kinanah
39.Perindu Agung
40. Al Busori Wang Tepus
41. Al Abdul Faani (serta terjemahan)
Nak start buat journal Quran? Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Meh Kak Ad ajar step2nya.
1️⃣boleh belek2 dulu ig/fb yang dah publish hasil jurnal mereka
2️⃣boleh tanya2 dulu pada yang dah buat
3️⃣Rangka / download dahulu template yang sesuai yang kita mahukan

Kemudian barulah kita boleh mula menulis jurnal alquran..

Bahan yg diperlukan x susah nak dapat pon.
💕Terjemahan Alquran
💕Kitab Tafsir
💕Buku Nota Khas
💕Alat Tulis
💕Ceramah2 Asatizah ttg tafsir & tadabbur

Jurnal ni untuk apa?
Untuk lebih kita faham apa yg Allah nak sampaikan.
Untuk lebih mendalami dan menjiwai ayat2 Allah.
Jika sekadar baca terjemahan, adakalanya kita pon tak faham kan?

Dalam penulisan jurnal alquran ni, kita mesti kena ada semangat dan mindset yang positif supaya dapat melancarkan pembikinannya..

❤️Setkan hari tertentu. Mcm Kak Ad, Kak Ad prefer buat waktu pagi (isnin - jumaat) waktu anak2 pergi sekolah. Waktu lain bz kelas.
❤️Pastikan diri kita dalam keadaan bersedia. Dah makan, dah wuduk.
❤️Jika ada anak2 boleh pesan mohon berikan ruang sekejap untuk mentelaah alquran. InsyaAllah anak2 akan faham.
❤️Mulakan dengan niat nak dapat ilmu dan akan sampaikan pada yg lain..

Permulaan memang kita rasa tak yakin. Tapi tetap kene usaha.

Mulakan dengan surah yg pendek dahulu.. Bila dah rasa yakin, boleh terus dengan surah panjang.

Kak Ad sekarang fokus pada surah2 yg penting (alkahfi, fatihah, waqiah, almulk, luqman, sajdah).. InsyaAllah yg lain bakal menyusul..

Ok, next, apa yg perlu kita tulis dalam jurnal tu?
💕Ayat Alquran yg kita nak fokus. Satu muka khas satu ayat sahaja.
💕Tafsir untuk setiap perkataan yg ada.. Tafsir ni apa? Penjelasan lebih mendalam.
💕 Tadabbur ayat. Tadabbur ni apa? Pengajaran yg boleh kita ambil dari ayat tersebut.
💕Muhasabah diri. Kita buat checklist yg berkaitan dengan ayat jika ada.
💕Doa. Kita tulis doa/harapan kita ttg ayat berkaitan jika ada.

See?
Mudah je kan? ☺️

Cubalah buat dulu!

Dah buat mesti rasa ketagih, x nak berhenti 🤭

_Kak Ad_
Pencinta Alquran
2024/05/16 14:51:09
Back to Top
HTML Embed Code: